Skim Tunas

Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) adalah janji kerajaan Pakatan Rakyat Selangor di dalam Manifesto PR 2008 dalam Pilihanraya Umum ke 12.

Skim Bantuan  TADIKA Tunas RM50.00 sebulan

Syarat kelayakan individu pelajar ialah

1.  Warganegara Malaysia

1.1    Ibu atau bapa yang lahir di Selangor dan masih menetap di Selangor, atau

1.2    Anak yang lahir di Selangor dan  dan masih menetap di Selangor, atau

1.3    Ibu dan/atau bapa yang telah bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya 5  tahun (bukti alamat rumah/bil air/bil elektrik di Selangor)

2. Pendapatan seisi rumah

2.1  RM1500 dan kebawah

3. Suami/isteri bekerja atau tidak bekerja

3.1 Menghantar anak yang berumur 5 dan/atau 6 tahun  ke Prasekolah/Tadika di Selangor yang bernaung di bawah MPTS

Urusan pendaftaran keluarga pelajar

  1. Ibu/bapa/penjaga pelajar hendaklah mengisi borang permohonan  dengan lengkap bersama dokumen yang diperlukan dan menyerahkan borang berkenaan kepada Prasekolah/Tadika di mana pelajar mengikuti pendidikan pra-sekolah yang berdaftar dengan MPTS.
  2. Ibu/bapa/penjaga pelajar mengemukakan bukti pendapatan/ slip gaji bulanan  yang disahkan oleh pegawai kumpulan A atau JKKK, Penghulu, Pengerusi Taman
  3. Borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada Rantaian Mesra Sdn Bhd  (RMSB)

Syarat kelayakan Prasekolah/Tadika

  1. Telah beroperasi tidak kurang dari 3 tahun di Selangor
  2. Mengisi borang permohonan untuk menjadi ahli  Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS)  dengan mengemukakan bukti penubuhan (sijil pendaftran atau lain-lain yang berkaitan)
  3. Memperolehi pengesahan keahlian MPTS setelah MPTS membuat penilaian ke atas dokumen, premis, dan perkara asas dalam pengendalian Prasekolah/Tadika.
  4. Semua permohonan hendaklah dihantar sebelum 25hb pada setiap bulan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut akan diproses pada bulan seterusnya. Permohonan akan diproses dalam tempoh seminggu selepas 25hb. Makluman menegenai permohonan diterima atau ditolak akan dibuat melalui email dan/atau surat. Permohonan yang ditolak boleh dirayu semula dengan memberikan sebab munasabah dan dokumen tambahan jika perlu.

Proses pembayaran

  1. Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran untuk Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) akan dibayar terus kepada pihak Prasekolah/Tadika di mana terdapatnya pelajar berkenaan
  2. Kelulusan adalah untuk bulan Julai 2012 hingga November 2012.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s