S’gor beri RM50 sebulan untuk pelajar tadika miskin

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meneruskan lagi usaha merakyatkan ekonomi negeri apabila mengumumkan pemberian elaun tadika RM50 sebulan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di negeri itu di bawah Skim Tunas.

Pemberian itu bakal melibatkan 3,000 kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500 di seluruh negeri dan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) skim itu akan menggunakan geran Selangorku berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan akan diperuntukkan sebanyak RM3 Juta dalam bajet tahunan untuk tahun 2013.

“Ini termasuk dalam fasa ke empat dasar MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) di mana hasil mahsul negeri dikongsi bersama rakyat bagi mengurangkan beban rakyat oleh kerajaaan Pakatan Rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, isentif terbaru itu adalah kesinambungan kepada usaha kerajaan negeri menyediakan bantuan pendidikan sepeti yang telah diperkenal sebelum ini termasuk program tuisyen rakyat Selangor (PTRS) , hadiah RM1000 masuk universiti, serta program pembangunan insan SPIES.

Menurutnya lagi, skim tersebut akan dikendalikan oleh anak syarikat kerajaan Selangor, Rantaian Mesra Sdn Bhd yang akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor di bawah kelolaan beliau sendiri.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10542-sgor-beri-rm50-sebulan-pelajar-tadika-miskin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s