Skim “TUNAS” Meringankan Beban Ibubapa Hantar Anak Ke Tadika

SHAH ALAM 25 MEI : Seramai 3,000 kanak-kanak dari keluarga miskin akan menjadi perintis di dalam skim bantuan tadika yanag akan dilancarkan Julai 1 nanti.

Melalui “Skim Tunas” Kerajaan Selangor ini, keluarga tersebut yang berpendapatan kurang daripada RM 1,500, akan menerima bantuan RM50 sebulan bagi menghantar anak mereka ke tadika.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Dr. Halimah Ali berkata skim tersebut akan menggunakan peruntukan RM 1 juta di bawah Geran Selangorku untuk tahun ini.

“Perlaksanaan bantuan ini juga akan dikendalikan oleh anak syarikat Kerajaan Negeri, Rantai Mesra Sdn. Bhd yang turut akan dipantau oleh Majlis Permuafakatan Tadika Selangor,” tambahnya lagi di dalam satu sidang media di ibu pejabat Kerajaan Selangor di sini semalam.

Beliau berkata Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi memastikan program tersebut sampai ke sasaran.

“Kita mengupah seorang pengkaji daripada Universiti Malaya bagi mengkaji taburan tadika-tadika di seluruh negeri Selangor termasuk lokasinya, bilangan pelajar, dan keadaan tadika yang ada.

“Sebelum itu juga, kita ada mendapatkan data daripada Jabatan Pelajaran namun hanya beberapa sekolah sahaja yang ada sekolah tadika, begitu juga dengan data Jabatan Perpaduan dan Jabatan Kebajikan yang kesemuanya di bawah kementerian yang berbeza.

“Selain tadika yang disebut tadi, kita juga ada tadika yang dikelolakan oleh badan-badan lain seperti ABIM, PASTI mahupun tahfiz, sebab itulah kita mahu faham kesemua maklumat ini sebelum melaksanakannya,” jelas Dr. Halimah.

Sumber: http://www.selangorku.com/?p=8438

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s