Pemuda Sambut Baik “Skim Tunas”

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR menyambut baik kenyataan daripada EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang berkata bahawa Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk melaksanakan Skim Tunas iaitu pemberian bantuan sebanyak RM50 sebulan bagi keluarga berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan mulai 1 Julai depan (Sinar Harian, 24/5/2012).

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan rasa syukur kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sentiasa mendahului kepentingan dan kebajikan rakyat di dalam setiap tindakan yang akan diambil. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan bahawa Skim Tunas akan menjadi langkah pemula kepada usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk memberikan pendidikan percuma kepada seluruh anak-anak Selangor dan ianya perlu dicontohi oleh kerajaan pusat.

Dewan Pemuda PacaAS Negeri Selangor juga merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor kerana telah berusaha untuk melunaskan janji-janji di dalam manifesto Pakatan Rakyat semasa pilihanraya umum ke 12 lalu untuk memberikan pendidikan pendidikan prasekolah percuma kepada anak Selangor berusia 5-6 tahun.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat mengharapkan semoga perlaksanaan Skim Tunas akan dapat dijayakan dengan baik mengikut perancangan yang telah disusun dan mendoakan supaya ianya akan meneruskan kecemerlangan dan kejayaan dasar-dasar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Negeri Selangor seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), TAWAS, Air Percuma dan lain-lain

http://selangor.pas.org.my/v2/index.php/artikel/kenyataan-media/59-pemuda-sambut-baik-skim-tunas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s