Organisasi

VISI

  • Kerajaan Negeri Selangor memilih dan menentukan ”MPTS sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Awal Negeri Selangor” sebagai visi dokongan yang menjadi hala tuju untuk memacu pendidikan awal kanak-kanak negeri Selangor.

MISI

  • Untuk menjayakan visi murni itu,  Majlis Pemuafakatan Tadika Selangor (MPTS) akan menjadi wadah atau platform untuk merealisasikan pengurusan latihan dan modal insan yang berkualiti.

MATLAMAT

  • Menjadikan modul SPIES sebagai kerangka utama dalam kurikulum, latihan guru dan latihan pengurusan.
  • Menyelaras program-program pendidikan awal kanak-kanak yang melibatkan murid, guru, pengurusan dan komuniti.
  • Mengemaskinikan maklumat mengenai pengendalian dan pengoperasian  tadika Selangor dari semasa ke semasa.
  • Mewarnai pengurusan tadika Selangor dengan membina persefahaman, hubungan yang harmonis, saling hormat menghormati dan perpaduan yang erat sebagai cerminan negeri Pakatan Rakyat.
  • Mewujudkan piawaian pengurusan yang menjadi rujukan kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak dan tadika.

FUNGSI / SKOP / BIDANG TUGAS

  • Pada dasarnya MPTS berperanan sebagai sekretariat yang akan;
  • Mendaftar, menyelaras dan memantau pusat jagaan kanak-kanak dan tadika Selangor bagi tujuan pemberian grant dan pembelaan.
  • Menyedia dan menyelaras program-program pendidikan dan latihan kepada tadika-tadika seluruh Selangor.
  • Mewujudkan satu pangkalan data maklumat tadika seluruh Selangor.
  • Mewujudkan satu piawaian atau penanda aras kemajuan pengurusan tadika-tadika seluruh Selangor.
  • Menerima maklum balas permasalahan, perkembangan dan kemajuan tadika Selangor dan menyampaikan maklumat berkesan ”delivery system” kepada Portfolio Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
  • Membuat kajian dan penyelidikan masa hadapan (R&D) pembangunan  tadika Selangor untuk tujuan penambahbaikan.

OBJEKTIF

  • Membantu melaksanakan tugas porfolio Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor khususnya pembangunan tadika seluruh Selangor.
  • Meningkatkan kerjasama  dan memperkukuh hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Pengurus, Guru-guru dan Pembantu Guru tadika-tadika yang berdaftar di bawah MPTS.
  • Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
  • Mengatur program-program pendidikan, memantau dan menyelaras perkembangan dan kemajuan tadika-tadika seluruh Selangor.

KLIEN / PELANGGAN

Pada dasarnya, setiap institusi yang menjadikan pendidikan sebagai teras perkhidmatan atau ”core business”  pasti akan melibatkan empat pihak utama sebagai pelanggan atau kliennya. Empat pihak itu adalah:

  • Guru (termasuk pembantu guru).
  • Murid (termasuk Tadika Swasta, Tadika Kerajaan dan Agensi Kerajaan Negeri, Tadika Persendirian, Tadika Antarabangsa, Tadika berasaskan Parti Politik dan Pertubuhan Dakwah dan Bukan Kerajaan)
  • Pengurusan ( Lembaga / Jawatankuasa dan Ahli Jawatankuasa Pengelola, Majlis Guru, Pengurus, Penyelia, dan Ketua Guru/Guru Kanan).
  • Komuniti (termasuk PIBG Tadika, ALUMNI Tadika, Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan, Komuniti Setempat (JKKK) dan lain-lain).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s