Keahlian MPTS

Semua Tadika di Selangor boleh menjadi ahli MPTS.

Tadika yang berdaftar dengan MPTS dan pelajar dari tadika berkenaan layak untuk memohon Skim Bantuan Tadika Selangor iaitu RM50 sebulan bagi perbelanjaan pendidikan prasekolah mulai bulan Julai 2012 hingga November 2012.

Borang permohonan boleh di dapati di pejabat Rantaian Mesra Sdn Bhd. Tingkat G, Bangunan Darul Ehsan No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam Tel: 03-55103468 / 3472. Faks: 03-55103455

Tadika boleh mengisi borang berkenaan, dan pelajar boleh mengisi borang khas dan hantarkan kepada alamat yang diberikan dalam borang tersebut.

Seterusnya pelajar berumur 5 dan 6 tahun yang bakal mengikuti pendidikan prasekolah di tadika untuk tahun 2013 boleh membuat permohonan pada bulan Disember 2012. Sila isikan borang berkenaan.

Dari masa ke semasa, MPTS akan membuat pemantauan menyemak kesahihan senarai dan kewujudan  pelajar dan Tadika di tempat pelajar berkenaan ikuti pendidikan prasekolah bagi memastikan bayaran dibuat pada yang berhak dan bagi memenuhi keperluan audit negeri dan kerajaan Pusat.  Jika terdapat maklumat yang tidak sahih atau dipalsukan oleh pemohon, samada ibubapa penjaga kanak-kanak dan Tadika, MPTS akan menyenaraihitamkan pemohon berkenaan dan dengan itu, pemohon tidak layak menerima Skim Tunas dan kemudahan yang ditawarkan oleh MPTS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s